MADRASAH MUHAMMADIAH
PONDOK SUNGAI DURIAN, KUALA KRAI, KELANTAN
 
Selamat Datang Pelawat
 
Login
 
 

Pendaftaran Pelajar



Syarat Kemasukan Pelajar

  1. Borang permohonan boleh didapati / dibuka diantara 1 Nov. sehingga 25 Nov. setiap tahun (ujian temuduga akan diadakan pada awal Disember)
  2. Pendaftaran hanya dibuka kepada pelajar yang berumur 13 tahun sahaja (semasa pendaftaran)
  3. Pelajar yang berumur 14 tahun juga ditawarkan sekiranya ada kekosongan
  4. Rekod disiplin yang baik; tidak merokok, tiada rekod jenayah dan sebagainya.
  5. Sanggup mematuhi segala peraturan Madrasah sepanjang masa.

Bayaran Pendaftaran & Derma Bulanan

  1. Bayaran pendaftaran ialah RM390 ++ mengikut kelas yang akan ditetapkan. Kadar yuran ini adalah termasuk bayaran kitab, makan untuk bulan pertama dan sebagainya (untuk detail, sila kilk disini).
  2. Bayaran makan asrama : RM150 sebulan (bermula bulan kedua) untuk pelajar lelaki sahaja.
  3. Bayaran bulanan sebanyak RM20 adalah untuk sumbangan derma bagi membuat pembayaran takrif bil air dan elektrik penginapan pelajar.
  4. Bayaran untuk tabung persatuan sebanyak RM2 sebulan.

* Pembiayaan makan minum pelajar perempuan adalah tanggungan sendiri. Pelajar dan warga pondok diberi pilihan samada memasak sendiri atau membeli makanan dikantin PSD.
Wakaf Kepada Pondok Sungai Durian