MADRASAH MUHAMMADIAH
PONDOK SUNGAI DURIAN, KUALA KRAI, KELANTAN
 
Selamat Datang Pelawat
 
Login
 
 
Tabung Kebajikan Guru

Pengenalan

Tabung Kebajikan Guru (TKG) ialah sebuah tabung yang diwujudkan untuk menjaga kebajikan guru-guru Pondok Sungai Durian demi kelangsungan tugas murni mereka selaku pembimbing dan penyelamat akhlak dan aqidah ummah yang dilihat kekentalan dan ketahanannya semakin hari semakin lemah, parah dan kritikal.

Manakala institusi pondok pula ditonton semakin hari semakin mengecil, sama ada dari aspek kuantiti malah kualitinya, lantaran fenomena modal insannya sedang diratah, dimamah dan ditelan virus maddiyyah dan globalisasi.

Justeru, setelah meneliti kepada suasana dan realiti yang membimbangkan ini, maka kami, guru-guru dan semua wargakerja Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian dengan rasa penuh kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab, sama-sama bersepakat, mengambil keputusan nekad menubuhkan satu tabung yang dinamakan Tabung Kebajikan Guru (TKG), Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian (MMPSD) untuk menjaga kebajikan guru bagi meneruskan kelangsungan wadah yang murni ini.

Objektif Penubuhan TKG

Antara Objektif penubuhan TKG adalah :

  1. Untuk mencari dan mengumpul dana bagi membantu guru-guru dan wargakerja Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian demi kesinambungan dan kelangsungan fungsi murni Madrasah dan Pondok ini.
  2. Agar Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian terus hidup, selamanya komited dan mampu meneruskan fungsinya selaku pembawa misi dan visi Islam sebagai ad Din, menyebar luas dakwah Islamiyyah ke pelusuk negara, mendidik masyarakat dan mentarbiah ummah, seiring dengan kemajuan dan perkembangan masa.
  3. Sebagai salah satu sumber alternatif para guru dan wargakerja MMPSD, selain elaun asas daripada pihak pentadbiran dan pengurusan MMPSD, sekaligus membantu meringankan bebanan kos sara hidup mereka menanggung diri dan keluarga.
  4. Agar dapat menghulurkan bantuan atau sumbangan kepada guru-guru dan wargakerja MMPSD atau kepada anak-anak dan isteri mereka yang ditimpa bencana, sakit dan sebagainya.

Ahli Jawatan Kuasa TKG

Ahli jawatankuasa TKG adalah seperti berikut :

Pengetua/Penaung Haji Ismail Bin Sulaiman
Penasihat Dr. Haji Abd Basit Haji Abd Rahman
Pengerusi Ustaz Haji Abd Kadir Yasim (019 - 999 0697)
Setiausaha Ustaz Yahya Ismail (014 - 525 8038)
Bendahari Ustaz Yahya Yaakub (014 - 836 3449)
Ahli-ahli Ustaz Haji Adam Abdullah
  Ustaz Hj Fakhrulrazi A Rahman
  Ustaz Haji Mat Ripin Mat
  Ustaz Haji Ismail Yaakub
  Ustaz Hj Mohd Hanafi Hj Ali
  Ustaz Haji Ibrahim Yaacob
  Ustaz Ayub Abdul Ghani
  Ustaz Muhammad Ismail
  Ustaz Sulaiman Harun
  Ustaz Ahmad Nawawi
  Ustazah Asiah Abd Rahman
  Ustazah Fatimah Jusoh
  Ustazah Liuza Ismail
  Ustazah Che Azwana Ismail
  Ustazah Zalina Awang

Sumbangan ke TKG

Sumbangan tuan/puan boleh dihulurkan ke akaun berikut:

Nama Akaun Tabung Kebajikan Guru
Bank Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
No. Akaun 03-072-01-012451-0
Alamat surat menyurat Bendahari Tabung Kebajikan Guru (TKG),
Madrasah Muhammadiah,
Pondok Sungai Durian,
18000, Kuala Krai, Kelantan.

Hubungi TKG Ditalian

Tuan/puan boleh menghubungi TKG ditalian berikut :

Pengerusi Ustaz Haji Abd Kadir Yasim (019 - 999 0697)
Setiausaha Ustaz Yahya Ismail (014 - 525 8038)
Bendahari Ustaz Yahya Yaakub (014 - 836 3449)
Pejabat Madrasah 09 - 966 4161


Firman Allah yang bermaksud:

"Allah mengangkat orang-orang yang beriman (dan beramal soleh) serta orang berilmu dengan kelebihan beberapa darjat." (Surah Al-Mujadalah:11)

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Terima kasih di atas segala sumbangan tuan/puan. Hanya Allah dapat membalas segala sumbangan dan derma yang anda hulurkan dengan balasan dan ganjaran yang sebaik-baiknya. Amin.