MADRASAH MUHAMMADIAH
PONDOK SUNGAI DURIAN, KUALA KRAI, KELANTAN
 
Selamat Datang Pelawat
 
Login
 
 
Pembinaan Asrama Pelajar Lelaki


مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui." (QS. 2:261)


"The likeness of those who spend their wealth in Allah's way is as the likeness of a grain growing seven ears with a hundred grains in every ear; and Allah multiplies for whom He pleases; and Allah is All-Embracing, All- Knowing." (QS. 2:261)


"Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaat dengannya atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya." (Hadith Riwayat Muslim).


Projek membina sebuah asrama tiga tingkat ini bertujuan melengkapi keperluan semasa dan memberi keselesaan kepada para pelajar. Ini kerana beberapa faktor berikut:

  1. Memandangkan keadaan pondok-pondok yang sedia ada sudah uzur dan tidak teratur serta asrama yang ada pula tidak lengkap dan serba kekurangan.
  2. Bilangan penempatan yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan permintaan pelajar pada hari ini.
  3. Kedudukannya yang berteraburan dan tidak tersusun, menyulitkan pihak pentadbiran dan disiplin mengadakan kawalan disipilin ke atas para pelajar.
  4. Beberapa aktiviti berkala pada musim cuti untuk pelajar luar juga tidak dapat diadakan disebabkan faktor penempatan.


Anggaran Kos


Mengikut anggaran kos bagi pembinaan bangunan asrama 3 tingkat sepanjang 105 kaki. Jumlah keluasan keseluruhan ialah 11,133 kaki. (3,711 kaki x 3 tingkat).

Sumbangan dan derma bolehlah disalurkan melalui akaun berikut:

Madrasah Muhammadiah
Bank Islam Malaysia Berhad
03-072-01-011983-9

Kerjasama dari semua pihak, kami dahului dengan ucapan terima kasih.


Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi


Ustaz Haji Ahmed Shukri bin Haji Abdul Rahman
019-6955960
Ustaz Dr Haji Abdul Basit bin Hajij Abdul Rahman
019-9441881
Ustaz Haji Abdul Latiff bin Haji Abdul Rahman
019-9565665
Ustaz Haji Fakhrulrazi bin Haji Abdul Rahman
013-9337257

Lakaran Pelan




Bantuan Pembelian Peralatan Asrama