MADRASAH MUHAMMADIAH
PONDOK SUNGAI DURIAN, KUALA KRAI, KELANTAN
 
Selamat Datang Pelawat
 
Login
 
 
Undang-undang dan peraturan-peraturan

 

1.    Setiap pelajar diwajibkan solat lima waktu secara berjamaah di Masjid.

2.    Setiap pelajar diwajibkan menghadiri setiap kelas pengajian yang diadakan.

3.    Pelajar yang tidak hadir selama dua minggu berturut-turut tanpa sebab akan dibuang.

4.    Hendaklah memakai jubah, seluar dan kopiah yang berwarna putih semasa pengajian diadakan

5.    Dilarang memakai baju t-shirt atau baju kemeja ketika solat.

6.    Dilarang memiliki pakaian seperti seluar jeans, baju t-shirt yang bercorak atau bergambar, seluar pendek yang tidak menutup aurat dan sepertinya.

7.    Tidak dibenarkan berambut panjang melebihi satu inci.

8.    Semua pelajar diwajibkan mendapat kebenaran terlebih dahulu sebelum keluar dari kawasan pondok.

9.    Tidak dibenarkan tidur di bilik asrama pelajar lain.

10.  Pelajar besar dilarang tidur bersama pelajar kecil dan sebaliknya.

11.  Pelajar lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan penempatan muslimat.

12.  Tidak dibenarkan mendengar radio, menonton TV, Video dan segala jenis maksiat.

13.  Dilarang memilik CD cerita, majalah hiburan, buku komik dan sebagainya.

14.  Dilarang bermain pemainan yang melalaikan seperti bermain daun terup, games dan sebagainya.

15.  Tidak dibenarkan membawa sebarang jenis kenderaan seperti motosikal, kereta dan sebagainya.

16.  Tidak dibenarkan memelihara binatang ternakan dan sepertinya.

17.  Tidak dibenarkan membawa sebarang jenis HANDPHONE, jika didapati, akan dirampas dan tidak akan dipulangkan.

18.  Setiap pelajar wajib melunaskan bayaran : bayaran air/api RM20,  bayaran makan asrama RM150 dan bayaran tabung persatuan RM2 setiap bulan.

19.  Setiap pelajar diwajibkan menjaga KEBERSIHAN dan KESELAMATAN samada pada tubuh badan, pakaian, tempat penginapan (asrama), tempat belajar dan kawasan pondok keseluruhannya.

20.  Dilarang memasang sendiri pendawaian eletrik dan menggunakan plug (eletrik) tanpa kebenaran.

21.  Jika berlaku kebakaran, segera hubungi BOMBA dan maklumkan segera kepada mana-mana ustaz.

22.  Pelajar yang sakit, demam dan sebagainya hendaklah segera laporkan pada guru dan terus ke hospital dengan membawa bersama surat akuan pelajar yang dikeluarkan oleh pejabat.

23.  Maklumkan segera kepada ustaz sekiranya terdapat orang luar yang mencurigakan masuk ke dalam kawasan pondok dan asrama.

24.  Dilarang melakukan dosa-dosa kecil lebih-lebih lagi dosa besar seperti mencuri, minum arak, penyalahgunaan dadah, menghisap rokok dan sebagainya.

25.  Permohonan cuti hendaklah dilakukan oleh ibubapa, permohonan dari pelajar tidak akan dilayan.

26.  Pelajar yang bercuti kerana sakit, sila kemukakan surat akuan hospital/klinik sewaktu memulakan pengajian.

27.Sebarang pertanyaan, sila hubungi 09-9664161 (pejabat).