MADRASAH MUHAMMADIAH
PONDOK SUNGAI DURIAN, KUALA KRAI, KELANTAN
 
Selamat Datang Pelawat
 
Login
 
 
Pendahuluan

بسم الله الرحمن الرحيم
Institusi Pondok

Institusi Pondok adalah merupakan institusi pengajian Islam yang merangkumi pendidikan dan tarbiah yang melahirkan manusia yang taat dan berilmu. Hakikat ini jelas kerana di pondok penekanannya bukan semata-mata belajar, tetapi serentak dengan penekanan dalam bentuk tarbiah, tunjukajar serta penekanan kepada riadah rohaniah yang dibina pada setiap pelajarnya.

Di Malaysia, khasnya di Kelantan yang terkenal dengan sistem pengajian pondok, sistem ini telah berjaya membangunkan pembangunan mental dan fizikal ummah, yang mana terbuktinya dengan lahirnya ramai ulama'-ulama' terkenal, pemimpin masyarakat, pendakwah-pendakwah yang bertaqwa dan ikhlas.

Nama Pondok Sungai Durian memang tidak dapat dipisahkan dari sejarah pendidikan dan penyebaran ilmu di Kelantan khususnya dan nusantara amnya. Ia merupakan sebuah institusi pendidikan agama yang terulung dan tertua di Ulu Kelantan. Ianya telah mengeluarkan ulama’, cendikiawan, usahawan, penulis dan ahli politik yang matang dan berjaya.

Video Korporat Pondok Sungai Durian


Wakaf Kepada Pondok Sungai Durian