|
Pengasas Pondok Sungai Durian |
|
|
|
ALMARHUM TUAN GURU HAJI ABDUL RAHMAN BIN SULAIMAN (1923-1988) Tarikh Lahir: 1923 Tempat Lahir: Kelantan, Malaysia. Tarikh meninggal dunia: 20 Februari 1988 Pengajian (di Malaysia): - Belajar al Quran dan asas pengajian agama melalui Ayahandanya Lebai Sulaiman bin Kechik.
- (1934-1937) Sekolah Melayu Sultan Yahya Petra, Kuala Krai.
- (1938-1945) Pondok Paloh Rawa, Machang (Tuan Guru Haji Abdul Jalal Melaka dan Tuan Guru Haji Hussin Melaka).
- (1945-1945) Pondok Kerawang, Pulai Chondong (Tuan Guru Haji Ahmad Abdul Kadir).
- (1945-1946) Pondok Kemuning, Machang (Tuan Guru Haji Wan Yusuf Che Tengah).
- (1946-1948) Pondok But, Ketereh (Tuan Guru Haji Mohd Nor Abdullah).
- (1949-1951) Madrasah Manabi’ul ‘Ulum, Pondok Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (Tuan Guru Haji Othman Jalaluddin).
Pengajian (di Makkah) bermula 1951-1957: - Madrasah Darul ‘Ulum ad-Diniah.
- Masjidil Haram.
- Rumah beberapa orang tuan guru.
Guru-gurunya sewaktu di Makkah: - Sheikh Muhammad Daud bin Sulaiman al-Kalantani (akhirnya menjadi mertuanya).
- Sheikh Muhammad Mukhtar al-Kadiri al-Indunisi.
- Sheikh ‘Abdul Qadir al-Mandili al-Indunisi.
- Sheikh Muhammad Yasin ‘Isa al-Fadani al-Makki.
- Sheikh Pak Da ‘Iel al-Fatani.
- Sheikh Sayyid Amin al-Kutubi.
- Sheikh Hassan Muhammad al-Masysyat.
- Sheikh Hassan al-Yamani.
- Sheikh ‘Alawi al-Maliki.
- Sheikh al-‘Arabi.
- dan lain-lain. Rahimahumullah.
Aktiviti semasa belajar: - Seorang pelajar yang aktif berpersatuan, seperti pesatuan anak kelantan (Penjasa), Perasatuan anak melayu semalaya (permas). Aktif juga dalam bidang pidato serta debat.
Kegiatan Ilmiah dan kemasyarakatan: - Menubuh dan mengasas Pondok Sungai Durian pada 4 Jun 1958
- Ahli Jawatankuasa ‘Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)
- Menghasilkan beberapa karya dalam bidang Nahu, Saraf, ‘Aqidah, Feqah dan lain-lain.
- Sentiasa menyampaikan kuliah dan ceramah umum di seluruh pelusuk tanah air.
Penghargaan: - (1968) Dikurniakan Pingat Bakti (PB) oleh Sultan Yahya Petra
- (17 Jamadil Akhir 1422 / 5 September 2001) Dikurniakan Anugerah Jasamu Dikenang oleh PAS Negeri Kelantan sempena Sambutan Jubli Emas peringkat negeri.
Isteri: - Ustazah Hajjah Fatimah binti Sheikh Muhammad Daud al-Kalantani. Seorang guru yang aktif mencurahkan ilmu di PSD khasnya untuk pelajar perempuan (banat) juga warga emas yang menetap di PSD.
Anak-anak (8 orang): - Mohamed Amin
Pondok Sungai Durian - Ahmed Shukri
BA (hons) Umm Al-Qura Univ. Makkah. M.A. Institut Tinggi Imamah & Du’at, Rabitah ‘Alam Islami, Makkah - Aishah
Sekolah Tinggi Kerajaan Arab Saudi, Makkah - Abdul Basit
BA, MA & Ph.D (Syariah) Universiti Islam, Madinah - Asiah
B.A. Universiti Yarmouk, Jordan - Abdul Latiff
M.A. Universiti Al al-Bayt, Jordan - Fakhrurrazi
B.A. Universiti al-Azhar, Mesir - Buniyamin
B.A. Universiti Pengajian Islam, Pakistan. Sedang menyiapkan tesis sarjana (MA) di Univ. Malaya
|