Pondok Sungai Durian perkenal pendidikan moden Oleh Hasliza Hassan
Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
 MADRASAH Muhammadiah Pondok Sungai Durian guna pendekatan baru dalam proses pembelajaran. Sistem tradisional, sukatan persekolahan YIK, teras pembelajaran lahir cendekiawan
SEBUT saja pondok terbayang rumah kecil beratap rumbia macam zaman dulu dengan kemudahan yang terhad. Begitu juga dengan pondok tempat pengajian ilmu agama, persepsi sama diberikan terutama dari segi infrastruktur.
Hakikatnya, pengajian pondok kini sudah melangkah ke fasa baru apabila sistem pendidikan serta kemudahan disediakan walaupun masih di belakang sistem sekolah berasrama penuh lain tetapi usaha dilakukan membolehkan pusat pengajian itu hampir menyamai sekolah asrama. |
|
Baca lagi...
|
|
|
|
|
Disediakan dan di bentang oleh: Ustaz Bunyamin Bin Haji Abdul Rahman - M.A UM Pengulas: Yang Amat Arif Dato' Haji Daud Bin Muhammad (Dato' Aria DiRaja, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan) BIODATA SYEIKH MUHAMMAD DAUD A. Pendahuluan. Kajian mengenai tokoh merupakan satu kajian penting dan banyak manfaatnya. Apatah lagi kajian tersebut melibatkan tokoh yang memberi sumbangan besar kepada dunia ilmu. Ulama’ yang dianggap sebagai pewaris anbiya’ amat perlu didedah ketokohannya, peranan dan sumbangannya terhadap masyarakat dan negara amat besar. Dalam kertas kerja ini penulis mengemukakan biodata Syeikh Muhammad Daud bin Sulaiman al-Kalantani al-Makki rahimahullah, sejarah pendidikan, sumbangan beliau, hasil karya, jawatan, kegiatan ilmiah dan kemasyarakatan. Syeikh Muhammad Daud al-Kalantani ialah salah seorang ulama’ Melayu yang masyhur di Makkah pada akhir abad ke-14 Hijrah. Antara tokoh-tokoh ulama’ yang sezaman dan seangkatan dengan beliau ialah Syeikh Abdul Qadir al-Mandili, Syeikh Mukhtar Ampenan, Syeikh Yaasin Padang, Syeikh Ab. Rahim al-Kalantani al-Falaki, Haji Soleh Kenali, Syeikh Abdul Karim al-Banjari, Ali Chaya Patani, Thailand, Syeikh Kanin al-Mandili dan lainnya. Syeikh ‘Ali al-Maliki juga merupakan ulama’ seangkatan dengan Syeikh Daud, dalam masa yang sama beliau pernah berguru dengan Syeikh ‘Ali al-Maliki.1 |
|
Baca lagi...
|
|
|
Kertas kerja seminar jubli emas ini disedia dan dibentang oleh: Ustaz Zainuddin Bin Che Seman (Abu Ammar) - M.A. UM Pengulas: Ustaz Haji Yahya Bin Mohammad Razi Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor - KUIS بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله الذي هدانا لخدمة دينه , والتعريف بشريعته , وأفضل الصلاة وأتمّ التسليم على سيدنا محمد وآله وصحبه أجمعين
PENDAHULUAN
Kertas ini dikemukakan bertujuan untuk mengenengahkan sejarah dan pengorbanan seorang tokoh yang terbukti berjaya memimpin dan memandu masyarakat ke arah kecemerlangan kehidupan mereka dalam aspek keilmuan dan penghayatan ajaran Islam. Tokoh yang dimaksudkan ialah: Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Sulaiman pengasas Pondok Sungai Durian Kuala Krai Kelantan.Tuan Guru adalah seorang tokoh yang dikenali dan sangat disegani oleh sebahagian besar masyarakat di negeri ini. Seorang yang mahir dalam pelbagai cabang dan bidang ilmu Islam. Bersifat tabah dan sabar mengahadapi pelbagai mehnah dan halangan. Beliau cukup bersemangat menjalankan tugas dan tanggungjawab mengubah pemikiran jumud masyarakat meskipun terpaksa mengharungi pelbagai kesulitan dan kepayahan. Hasilnya, dapat disaksikan bahawa landskap dan bentuk bumi atau perubahan minda masyarakat sekitar khususnya telah berjaya diubah menjadi bersih dan ceria dengan amalan-amalan yang menjurus ke arah kebaikan dan kebajikan.Di samping itu Tuan Guru melalui institusi pengajian pondok yang diasas dan dipertahankannya maka lahirlah ramai tokoh-tokoh agama dan ilmuan Islam yang berjaya dalam pelbagai bidang tugas dan kerjaya, bukan sahaja bidang agama, malah politik dan juga perniagaan. |
|
Baca lagi...
|
|
|
|
|